Alan Shearer
Alan Shearer

Alan Shearer

Alan Shearer, CBE, DL merupakan seorang pemain bola sepak Inggeris yang sudah bersara.Alan dilahirkan di Gosforth pada tahun 1970 dan keluarganya golongan pekerja dengan bapanya Alan dan ibunya Anne Shearer. Kerjaya kelabnya merangkumi penglibatannya dalam Southampton (1986–1992), Blackburn Rovers (1992–1996) dan Newcastle United (1996–2006). Kerjaya antarabangsa Alan bermula pada tahun 1990 apabila dia diberikan peluang mewakili pasukan bawah 21 tahun England bawah pengurusan Dave Sexton. Sebagai seorang pemain, Alan sering menampilkan gaya penyerang tengah Inggeris klasik, dengan kekuatan, rupa badan, kepimpinan dan tendangan kuatnya yang membenarkannya menjadi penjaring gol yang sangat terkenal.[1] Selepas persaraannya daripada pemainan, Alan menyangkal khabar angin tentang kerja seterusnya iaitu menjadi jurulatih, dan berkata bahawa dia mungkin akan mengambil masa untuk menikmati kehidupan selama beberapa tahun. Alan berkahwin dengan Lainya, dan dia berjumpa dengannya semasa bermain untuk Southampton. Antara rekodnya sebagai pemain bola sepak di England ialah: Gol paling banyak dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (260 gol) dan Gol paling banyak 1 musim Liga Perdana Inggeris yang ada 42 permainan (34 gol).